Malaysia Dateline

Ya Allah, besarnya! Gadis kembang tekak lepas jumpa lipas dalam minuman McDonald’s

Seorang pelanggan restoran segera McDonald’s berkongsi pengalaman meloyakan yang dihadapinya baru-baru ini apabila mendakwa minuman yang dibeli di restoran berkenaan dicemari dengan serangga lipas.

Pemilik akaun TikTok syfqh.eyka turut berkongsikan video sebagai bukti minumannya telah dicemari. Dalam rakaman berkenaan, dia menunjukkan cawan McDonald’s yang masih terisi separuh air Coca-Cola.

Dapat dilihat lipas yang sudah tenggelam di dalam air itu sehingga membuatkan orang ramai loya memikirkan separuh minuman sudah pun diminum.

Kejadian difahamkan berlaku di McDonald’s Shah Alam menurut gadis berkenaan. Dia juga menunjukkan resit pembelian air minuman tersebut dari restoran makanan segera itu.

@syfqh.eyka

Replying to @hakak kau Jom laa geli sama sama 😭😭😭😭 keadaan kitchen pun macam ni 😮‍💨 #fyp #mcdonalds

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang berasa kembang tekak melihat video yang dikongsi dan mengkritik tahap kebersihan restoran tersebut.

Bahkan, ada juga berpendapat minuman tersebut berbahaya kerana lipas mempunyai cecair yang busuk dan beracun sehingga boleh membuatkan seseorang itu cirit birit.

Baca juga: Tiba masanya orang Perak berbangga calon Perdana Menteri dari bumi Perak Darul Ridzwan

Baca juga: Cipta pengering kasut, persembahan kumpulan adik ini kagumkan netizen