Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Yadim sahut seruan Malaysia Baharu menerusi kemantapan Nuim
Barisan 32 panel yang hadir pada Majlis Retreat Nuim-Yadim selama dua hari diadakan.

Yadim sahut seruan Malaysia Baharu menerusi kemantapan Nuim

DALIA ISMAIL FOTO: SYAFIQ ISKANDARMay 3, 2019 9:50 pm




Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berhasrat akan menyahut seruan kerajaan di era Malaysia Baharu untuk menyumbang kepada pengurusan terbaik dengan meletakkan keutamaan ‘Fastabiqul Khairat’  (Mengejar Kebaikan) kepada individu, masyarakat dan negara.

Yang Dipertua Yadim Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata,  menerusi  Nadwah  Ulama dan Ilmuwan Malaysia (Nuim) , Yadim menumpukan kepada tiga pendekatan  utama dalam pentadbiran baharunya.

“Yadim meletakkan ‘Fastabiqul Khairat’ yang boleh memberi kebaikan  kepada individu, masyarakat dan negara yang mana agensi ini akan memberikan sumbangan secara bersepadu.

“Kita (Yadim) mahu mengubah pemikiran supaya orang Islam dapat  merasai nikmat agama Islam sebagai anugerah Allah swt. Kita akan berusaha memberi penjelasan terbaik kepada bukan Islam yang  menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memperlihatkan Islam sebagai agama penuh rahmmah dan kedamaian bukan hanya kepada satu-satu  bangsa sahaja.

“Jika sekiranya bukan Islam tidak dapat menerima Islam sebagai  Addin mereka tetap boleh hidup dengan aman dan perpaduan menjadi keutamaan dan mereka mampu membina kehidupan mereka.

“Ianya sesuai dengan budaya dan pemiikiran baharu majoriti rakyat yang inginkan perubahan.

“Kita juga perlu nasihat menasihat terutama agensi kerajaan. Jika  diberi tanggungjawab bukan untuk dibanggakan. Untuk memastikan nasihat itu memberi makna sesuai dengan fungsi utama Yadim  ditubuhkan.

“Dan ketiganya operasi kehidupan yang mana setiap gerak geri sama ada kehidupan peribadi atau berorganisasi perlu berpandu kepada al-Quran.

“Kita merasakan dengan tiga teras ini kita yakin Yadim akan menjadi agensi kerajaan yang boleh menjadi contoh dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara dalam setiap aspek kehidupan rakyatnya  dan kenegaraan,” ujarnya.

Ustaz Nik Omar Nik Aziz menyampaikan watikah pelantikan sebagai Pengerusi Nuim kepada Datuk Abdul Ghani Shamsuddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan watikah pelantikan 32 ulama dan profesional pada Perasmian Retreat Nadwah Ulama dan Ilmuwan Malaysia (Nuim) bagi sesi 2019-2021  yang bermula pada 3 dan 4 Mei  di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Nuim ditubuhkan pada 2001 bagi menghimpun cendiakawan dan  pemikir Islam di negara ini sebagai Panel Penasihat Pakar Yadim dalam isu berkaitan pendidikan, sosial dan kebajikan.

Nuim kini diberi nafas baharu dengan barisan ulama dan profesional untuk memastikan pemantapan dakwah di negara ini terus berjalan lancar diera Malaysia Baharu.

Sebelum itu dalam ucapan aluannya pada majlis sama Nik Omar berkata, satu tanggungjawab besar bagi agensi seperti Yadim untuk mengumpulkan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu untuk meneruskan agenda kerajaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik.

Yadim adalah  salah satu daripada agensi di bawah  Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri yang diberikan tanggungjawab dalam kluster dakwah dan media.

Katanya dengan kepakaran ulama dan profesional di dalam Nuim akan dapat menambahbaik kepada pengurusan kerajaan dan agensi lain dalam kerajaan.

“Kita ingin meneruskan agenda yang telah ditetapkan kerajaan dalam memberi perkhidmatan terbaik yang mana Islam bukan hanya syariah semata-mata.

“Yadim perlu mengunakan wadah yang sesuai seperti Nuim untuk memenuhi fungsi utamanya dalam pelbagai disiplin keilmuan untuk dikemukakan kepada agensi-agensi kerajaan lainnya kelak ,” ujarnya.

Penasihat Nuim Datuk Abdul Ghani Shamsudin dan Pengerusi Datuk Dr Abdul Halim Yusof.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production