Yamani Hafez sertai Bersatu

Yamani Hafez sertai Bersatu
Yamani Hafez Musa menerima kad keahlian daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Yamani Hafez Musa, anak sulung bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman kini menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia, selepas beberapa bulan ketidakpastian mengenai kedudukannya.

Memetik  The Star Hafez, yang merupakan Ahli Parlimen Sipitang, menerima kad keahliannya daripada Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad semasa majlis makan tengah haribersama pemimpin kanan Bersatu Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu hari ini.

“Hafez kini ahli Bersatu Sabah dan menerima kadnya daripada Dr Mahathir,” kata Setiausaha Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ketika ditemui selepas Dr Mahathir mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin parti itu.

Kiandee berkata dengan pengumuman itu mengakhiri semua spekulasi mengenai kedudukan Yamani Hafez dengan parti itu.

“Hafez tidak lagi duduk di Parlimen tetapi menyertai kami di belakang kerajaan,” katanya.

Hafez tidak segera diterima sebagai anggota parti apabila Bersatu meluaskan sayapnya di Sabah pada 6 April tahun ini.

Beliau telah meninggalkan Umno Sabah dengan untuk menjadi calon bebas sebelum bekas pemimpin kanan Umno itu menyertai Bersatu apabila Bersatu melebarkan sayapnya ke Sabah.

Bersatu Sabah kini mempunyai lima Ahli Parlimen dan sembilan Adun menjadikannya parti kedua terbesar di negeri ini selepas Parti Warisan Sabah.

Hafez pada awal tahun ini mengekalkan kerusi Sipitang selepas petisyen pilihan raya terhadap keputusan pilihan raya umum 9 Mei telah dibuang oleh Mahkamah Pilihan Raya.