Malaysia Dateline

Yang dikhianati, dizalimi dipanggil khianat

ULASAN :  Pemimpin politik Pas tertentu suka menuduh pihak lain pengkhianat apabila tidak setuju sahaja dalam sesuatu isu atau pendekatan. Sikap hanya mereka yang betul telah lama diamalkan.

Pada tahun 1980-an apabila tidak setuju dengan Umno dalam beberapa pendekatan, telah berlaku isu kafir mengkafir. Tanpa menarik balek tuduhan berat tersebut, sekarang Pas dan Umno peluk memeluk dalam usaha hendak menjatuhkan kerajaan PH.

Hari ini bersama dengan Umno dan MCA mereka pula menyatakan bukan menjadi keutamaan memilih seorang Imam Masjid yang bertanding PRK melawan calon rakan baru MCA mereka di Tanjung Piai.

Walhal sebelum pada itu Pas menyatakan kriteria utama memilih pemimpin adalah calon tersebut boleh mengimamkan solat berjemaah.

Istilah pengkhianat pula menjadi tuduhan yang sering digunakan Pas hari ini seperti dalam isu penubuhan MPKKP (Persekutuan).

Kerajaan Pusat di bawah Tun Mahathir selepas 18 bulan telah menilai dengan mendalam perlaksanaan MPKK asal setelah mendengar pelbagai aduan serta rintihan rakyatjelata Malaysia.

Pas sendiri mengakui sistem MPKK olih kerajaan PH tersebut jauh lebih baik dan adil dari sistem yang di amalkan oleh Umno-BN Terengganu dahulu. Kerajaan PH pun ingin sistem yang adil ujud dilaksanakan dengan adil untuk semua rakyat Malaysia dan bukan untuk ahli parti tertentu sahaja.

Malangnya sejak perlaksanaannya pada 18 bulan yang lepas begitu banyak aduan ketidakadilan, salah guna kuasa dan pilih kasih berlaku di Negeri-negeri pembangkang seperti di Terengganu dan Kelantan di bawah Pas di mana rakyat biasa bukan penyokong Pas di pinggirkan. Mereka melakukan amalan sama apa yang dahulunya di katakan perbuatan zalim yang di alami mereka di bawah kerajaan Umno.

Kemudahan dan peruntukan MPKK adalah untuk semua rakyart Malaysia secara adil dan itu adalah tujuan utama MPKK dibawah PH.

Setelah menimbang aduan dan situasi keseluruhannya, kerajaan Pusat PH terpaksa menubuhkan MPKKP untuk memberi keadilan kepada semua rakyat.

Pas telah menyalahgunakan sistem asal MPKK tersebut. Lapan belas bulan adalah tempoh yang cukup lama untuk kerajaan Pusat membuat penilaian dan keputusan untuk sistem yang lebih adil.

Kerajaan Pas Terengganu dan Kelantan patut menilai dan muhasabah diri dan jangan menuduh sesiapa pula pengkhianat.

Ini adalah hasil kesalahan perbuatan mereka sendiri.

Sebenarnya hak dan keadilan untuk kesemua rakyat biasalah telah disalahgunakan dalam perlaksanaan MPKK asal oleh kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan.

Seperti didakwa oleh Pas dahulu bahawa pengagihan peruntukan wang pusat oleh kerajaan BN- Umno patut diagihkan untuk semua dan bukan hanya untuk penyokong BN sahaja, itulah yang kerajaan PH ingin laksanakan dengan adil.

Dalam masa yang sama juga selepas 18 bulan pemantauan, kerajaan PH juga menerima banyak aduan tentang perbelanjaan wang royalti hasil minyak dan gas yang di bayar terus ke kerajaan Terengganu yang tidak di belanjakan secara adil untuk di nikmati oleh seluruh rakyat umum negeri Terengganu.

Seperti dalam isu MPKK juga manafaatnya tidak sampai ke rakyat umum.

Selain dari wang royalti tersebut, kerajaan pusat juga menyalurkan peruntukan pembangunan pusat lain melalui pelbagai kementerian persekutuan kepada negeri.

Dengan adanya rungutan dari rakyat umum, kerajaan pusat mungkin terpaksa mencari sistem alternatif di mana wang projek royalti masih di salurkan kepada Negeri melalui tawaran yang di panggil oleh agensi atau badan pusat Persekutuan seperti JKR Persekutian atau ECER untuk memastikan satu sistem pengagihan lebih adil serta menafaat yang lebih menyeluruh untuk semua pihak dan bukan hanya di monopoli olih pihak parti politik tertentu sahaja di peringkat negeri.

Buat masa ini kerajaan Pas negeri memonopoli dan menguasai segala kontrak di negeri dan pengagihannya. Kalau dahulu Pas membuat aduan ketidakadilan pengagihan projek dan kontrak di bawah kerajaan BN- Umno, kerajaan PH hari ini ingin memastikan keadilan berlaku untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira fahaman politik.

Untuk 18 bulan yang lepas Kerajaan pusat PH telah menujukkan sikap keterbukaannya dengan membenarkan wakil Pas memasuki Universiti dan pusat pengajian di bawah Kementrian Persekutuan tetapi malangnya kerajaan Pas tidak menunjukkan sikap adil dan terbuka yang sama. Malahan ada guru agama di surau surau yang bukan penyokong Pas di tamatkan khidmat mereka. Ini jelas perbuatan tidak adil dan tidak bertimbang rasa.

Oleh itu kerajaan Pas perlu muhasabah diri atas sikap mereka sendiri dan jangan menyalahkan rakyat tersisih yang mengadu dengan menuduh pihak lain pengkhianat.

Sebenarnya mereka lah mangsa yang telah di khianati melalui sikap  Kerajaan Pas yang tidak berlaku adil.

*Penulis adalah Pengerusi AMANAH Terengganu