Yang mana betul BN, siapa perkuda siapa ni?

Siapa perkudakan siapa sebenarnya…ini kempen celaru BN.

Barisan Nasional (BN) perlu selaraskan lagi kempennya agar tidak menjadi bahan ketawa ramai ketika maklumat hanya di hujung jari sahaja.

Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, kempen yang dibuat oleh Umno mendakwa, Mahathir adalah kuda tunggangan untuk Lim Kit Siang sahaja.

Sedangkan dalam masa yang sama MCA pula berkempen, Lim Kit Siang kini menjadi kuda tunggangan Mahathir pula.

Presiden MCA, Liow Tiong Lai berkata, DAP telah mengkhianati masyarakat Cina Malaysia apabila sanggup tidak menggunakan logonya apabila datang Mahathir.

“Bila Mahathir datang, roket pun hilang,” katanya.

Umno pula dalam kempennya senada dengan Pas dengan mendakwa ketua PH sebenar adalah DAP.

“Kini jelas Lim Kit Siang adalah ketua De Facto Ketua Pembangkang bukannya Dr Mahathir.

“Mengheret Dr Mahathir ke Persidangan Tahunan DAP dan memintanya berucap membela DAP merupakan kejayaan halus DAP memperkudakan Dr Mahathir,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES