Malaysia Dateline

Yapeim jawab dakwaan alami kerugian dan bentang hala tuju baru

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menyeru masyarakat terutama kepada 330,000 penyumbang utama kepada Tabung Amanah Yapeim untuk kembali memberikan kepercayaan kepada yayasan itu.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yapeim Datuk Dr Mobd Abu Bakar berkata, dakwaan Yapeim mengalami kerugian RM12juta menerusi Skim Ar Rahnu Yapeim dan melibatkan 1,000 pelanggan adalah tidak benar.

“Seramai 17,053 pelanggan yang terlibat telah dibayar lebihan jualan RM5.4juta. Keseluruhan nilai adalah RM62.18 juta bukanlah RM80 juta seperti didakwa.

“Tidak berlaku kerugian operasi berjunlah RM12 juta malah pendapatan daripada upah simpan adalah berjumlah RM9.4juta.

“Senario ini berlakusekitar 2012 mengambilkira ‘fluctuation’ dalam harga emas sehingga berlaku penurunan sebanyak 20 peratus,” ujarnya dalam kenyataan hari ini pada sidang media yang diadakan di Ibupejabat Yapeim di Jalan Pahang..

Beliau turut berkata dakwaan menyatakan 300kg dijual kepada Input Yapeim juga adalah tidak benar.

“Jualan sebenar telah dilaksanakan kepada pembida luar adalah sebanyak 64% daripada keseluruhan jumlah emas manakala selebihnya kepada input Yapeim.

“Pelaksanaan jualan dan pulangan lebihan jualan adalah selaras dengan peraturan Jawatankuasa Pengawasan Syariah Yapeim pada masa tersebut,” terangnya.

Katanya lagi menerusi LPA Yapeim telah melantik Pricewaterhouse Coopers (PwC) untuk melaksanakan audit terhadap perbelanjaan operasi dan transaski perolehan bagi tempoh 1 Januari 2017 hingga 31 Ogos 2018.

Kedudukan kewangan Yapeim berada di landasan yang betul apabila mempunyai aset dan rizab berjumlah RM1.44bilion dan aset ketara bersih (NTA) berjumlah Rm241juta bagi tahun 2018.

Pendapatan bagi tahun 2018 yang diperoleh berjumlah RM57.33juta dengan Lebihan Pendapatan berjumlah RM13.5juta manakala margin lebihan pendapatan adalah pada kadar 22.92 peratus.

Yapeim juga katanya, sudah melakukan perubahan kepada penstrukturan semula organisasinya untuk memastikan keberkesanan fungsi tadbir urus dan audit.

“Yapeim juga seddang merangka dan menilai semula produk syariah sedia ada untuk menawarkan produk inovatif yang baru.

“Untuk tujuan ini Yapeim menubuhkan Jawatankuasa Syariah dan Kelestarian Syariah yang akan menilai semula kontrak syariah yang digunakan untuk produk Ar Rahnu serta produk lain.

“Manakala pasaran modal lain seperti sukukdan instrumen kewangan Islam yang lain akan digunakan untuk menjana dana yang boleh mengembangkan perniagaan Yapeim,” ujarnya.