Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
YaPEIM sangkal dakwaan Dana Inspirasiku saluran mengislamkan pemohon dan penerima

YaPEIM sangkal dakwaan Dana Inspirasiku saluran mengislamkan pemohon dan penerima

AKMAL MANAFJanuary 24, 2020 11:14 am




Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya Dana Inspirasiku sebagai saluran Islamisasi pemohon dan penerima dana tersebut.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat YaPEIM, dakwaan berkenaan langsung tidak berasas sama sekali dan tidak termasuk dalam senarai semak permohonan.

“Tuduhan liar ini seharusnya dibawakan bersama bukti yang jelas dan bukannya membuat dakwaan terbuka yang tidak bertanggungjawab.

“YaPEIM juga ingin menjelaskan bahawa sumber dana adalah dana khusus yang diperolehi daripada sektor korporat, individu serta pihak-pihak yang prihatin.

“Ia sama sekali tidak melibatkan sebarang dana mahupun peruntukan daripada Kerajaan. Walaubagaimanapun, penyaluran sumbangan kepada penerima manfaat yang layak adalah tertakluk kepada permohonan yang menenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan serta jumlah dana terkumpul.

“YaPEIM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang dengan sengaja menyalahtafsir hasrat murni YaPEIM melaksanakan Dana Inspirasiku,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, sebagai sebuah institusi pembangunan sosio ekonomi ummah, YaPEIM telah berada di persada negara semenjak ditubuhkan pada tahun 1976 dan disusun semula pada tahun 1984.

“Sehubungan itu, YaPEIM telah berjaya mengendali dan mengagihkan sumbangan Skim Sadaqatul Jariah masyarakat kepada lebih 2.75 juta penerima manfaat menerusi pelbagai aktiviti pembangunan sosio ekonomi daripada pelbagai kumpulan sasar di seluruh negara.

“Penyata Kewangan YaPEIM juga setiap tahun diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Daripada maklumat dan fakta di atas, jelas bahawa YaPEIM mampu mengendalikan wang amal jariah masyarakat untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya.

“Selain itu, YaPEIM turut berupaya mengendali serta menguruskan data peribadi penyumbang dan kumpulan sasar secara teratur dan berintegriti.

“Inisiatif Dana Inspirasiku ini adalah satu pendekatan kreatif dan inovasi baru daripada YaPEIM dan sumber dana adalah melalui kaedah ‘fundraising’ dan ‘crowdfunding’,” jelasnya lagi.

Untuk makluman, YaPEIM telah memperkenalkan inisiatif baharu iaitu Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) pada tahun lalu yang bertujuan memberi manfaat kepada pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari keluarga B40.

Dana tersebut bertujuan meringankan bebanan keluarga dalam menangani aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak khususnya untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke IPT.

Dana Inspirasiku telah mendapat sambutan di luar jangkaan daripada masyarakat berdasarkan permohonan yang diterima daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

Terkini

Rakyat Kelantan bayar caj parkir lebih mahal daripada Shah Alam

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production