Malaysia Dateline

Yasin syukur terlepas tuduhan edar ganja

Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram, Mac lalu.

Syukur itulah reaksi Yasin Sulaiman selepas Mahkamah Majistret melepaskan beliau tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja.

Yasin berkata, keputusan itu merupakan satu perkembangan positif bagi dirinya.

“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.

Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman,50, berkata, mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan Mahkamah Majistret hari ini biarpun adiknya itu tidak dapat beraya bersama pada Aidiladha nanti.

“Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yassin hadapi ini.

“Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin,” katanya dipetik Sinar Harian.

Baca juga: “Dendam saya terhadap Joseph Pairin, tidak selesai masalah PATI mengundi di Sabah”

Baca juga: Tangkap suami curang di rumah mentua, mentua tak halang malah sibuk tonton TV