Yayasan Darul Hijrah agih bantuan mangsa bah Kelantan

Husam memberikan sumbangan Yayasan Darul Hijrah kepada mangsa banjir.

Sebanyak 100 pek makanan diagihkan kepada mangsa banjir di Kampung Jal Kecil, Tumpat hari ini yang merupakan antara enam jajahan terjejas teruk selepas Pasir Mas.

Agihan bantuan oleh Yayasan Darul Hijrah di perkampungan yang terkepung dan terputus hubungan itu adalah hasil sumbangan dermawan sebelum ini.

Menurut Ketua Koordinator Kebajikan & Kemanusiaannya, Hazmi Hassan, pihak Yayasan Darul Hijrah menerima bantuan dalam bentuk makanan asas.

“Kami akan ke sana menggunakan kereta pacuan empat roda untuk meredah kawasan laluan yang ditenggelami air.

“Bagi rakan-rakan yang berhajat untuk menghulurkan bantuan, sumbangan boleh disalurkan ke akaun 5660 1060 9934 (Maybank) Yayasan Darul Hijrah.

“Mohon maklumkan setiap sumbangan melalui WhatsApp 019-987 7623 (Hazmi) bagi tujuan rujukan kami,” jelasnya.

Hazmi yang juga Ketua Pemuda AMANAH Nasional itu memberitahu sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan Yayasan Darul Hijrah juga boleh menghubungi nombor telefon tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, gelombang kedua banjir di Kelantan semalam menyaksikan kawasan pekan Rantau Panjang dinaiki air deras.

Facebook Info Banjir Kelantan kira-kira jam 1 tengah hari semalam memaklumkan jalan menghala ke Kampung Dedap dan Kedai Lama dinaiki air dan dilihat berbahaya pada kenderaan ringan.

Semakan di portal Bencana di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mendapati jumlah mangsa banjir di Kelantan setakat 4 petang semalam membabitkan sebanyak 5,463 keluarga iaitu 13,817 orang.

Selain Pasir Mas dan Tumpat, empat lagi jajahan iaitu Pasir Puteh, Kota Bharu, Gua Musang dan Tanah Merah menyaksikan pemindahan mangsa banjir di lebih 60 pusat penempatan sementara.

Sumbangan pek makanan kepada mangsa banjir di Tumpat hasil sumbangan orang ramai.

Sumbangan pek makanan kepada mangsa banjir di Tumpat hasil sumbangan orang ramai.

4.7
OVERALL SCORE
2 user votes x 7.0
CATEGORIES