Malaysia Dateline

YB Marang sertai program Syiah, not a big deal

1. Ada beberapa insan telah menghantar kepada saya foto ini. Saya tak pasti apa tujuan mereka menghantar foto ini?

2. Jika ada mana-mana pihak mengharapkan saya akan kritik YB dalam foto ini sebab menghadiri program orang Syiah..maaf, anda mungkin akan kecewa.

3. Ya, terlalu banyak yang saya tidak bersetuju dengan YB dalam foto ini dan mengkritik keras beliau tapi saya insyaAllah tidak ada masalah untuk defend beliau kerana hadir dalam program Syiah ini. Malahan saya sokong untuk beliau terus hadir program seperti ini

Sorry guys..saya tak nampak apa salah beliau untuk hadir program tersebut.

4. Saya sendiri, dari dahulu, sering dilabel dengan label Syiah hatta oleh orang parti ehem sendiri.. Tidak ada masalah. A small matter.

5. Walaupun tuduhan itu tidak betul tapi saya juga tidak ada masalah insyaAllah untuk maafkan orang yang menuduh saya..mereka hanya tersilap menuduh. Itu sahaja.

Not a big deal!