YB Pagoh, janganlah terlalu awal menafikan

Oleh KIM SYAZIE

Janganlah terlalu awal sangat menafikan Tan Sri!

Dalam perbicaraan yang melibatkan 33 pertuduhan jenayah rasuah ke atas YB Presiden Umno, salah seorang saksi pihak pendakwa telah mendedahkan keterangan yang agak memeranjatkan ramai pihak semasa saksi itu disoal balas oleh peguam bela tertuduh.

Antara lain, saksi itu mendedahkan senarai beberapa orang personaliti yang didakwa (alleged) telah menerima wang yang dikatakan rasuah dari pihak tertuduh.

Oleh kerana perbicaraan ke atas YB Presiden Umno masih sedang berjalan di mahkamah, saya tidak rasa adalah wajar untuk kita mungkin membuat kesimpulan yang tergesa-gesa ke atas status kebenaran atau kepalsuan keterangan saksi tersebut.

Bagi saya, keputusan muktamad bagi menentusahkan keterangan tersebut adalah terletak sepenuhnya di tangan hakim kes itu.

Oleh itu, agak tidak adil untuk membuat sebarang penghukuman di luar tembok mahkamah di atas pendedahan saksi itu pada saat ini.

Malangnya, di saat kita cuba memberi faedah keraguan kepada para penerima wang rasuah yang dikatakan itu demi menghormati proses keadilan, YB Presiden Bersatu pula nampaknya seolah-olah tidak bersedia untuk menikmati faedah keraguan itu di saat ini.

YB Presiden Bersatu bukan sahaja sekadar menafikan keterangan saksi tersebut malahan dia juga dilaporkan cuba menuduh kononnya saksi itu tidak bercakap benar. YB Pagoh itu juga cuba memberikan alasan bagi menyokong penafian dia itu.

Media melaporkan bahawa dia mendakwa adalah mustahil untuk dia menerima wang rasuah yang dikatakan itu atas alasan pada segala masa yang material, dia sedang bercuti sebagai Menteri Dalam Negeri dan berada di luar negara kerana menjalani rawatan penyakit barahnya.

Dalam undang-undang, dia dilihat seolah-olah ingin menawarkan pembelaaan yang dinamakan alibi.

Apabila dia juga menyebut bahawa pada masa material YB Tun M yang memangku jawatannya, nampaknya ia seolah-olah ingin “pass the buck” dan menawarkan pembelaan kononnya orang lain pula yang melakukan hal yang dikatakan itu.

Menurut hemat saya, oleh kerana saksi tersebut (setakat saya baca dalam laporan media) hanya menyatakan salah seorang penerima wang yang dikatakan rasuah itu adalah YB Pagoh tanpa saksi itu turut menyatakan tentang bagaimanakah kaedah atau cara wang itu dibayar kepada YB Pagoh, maka adalah jelas isu di lokasi manapun YB Pagoh berada pada masa material adalah tidak relevan.

Berkemungkinan penafian YB Pagoh dan alasan yang dia berikan itu agak relevan jika saksi tersebut misalnya menyebut bahawa dia sendiri yang menyerahkan wang tersebut kepada YB Pagoh sendiri di mana-mana lokasi di negara ini.

Pada masa itu barulah pembelaan alibi dia orang putih habaq ” bites” atau “hold water”

Atas dasar itu, penafian dan alasan penafian yang ditawarkan oleh YB Pagoh nampaknya lebih mendedahkan banyak persoalan dari menawarkan jawapan apa lagi jawapan yang meyakinkan!

Dalam lingo undang-undang depa habaq pembelaan dia ibarat “a bare denial”.

Anyway a good try YB but a poor delivery YB.