YDH pohon bantuan untuk mangsa pemerdagangan manusia

YDH pohon bantuan untuk mangsa pemerdagangan manusia

Pengerusi Kehormat Yayasan Darul Hijrah (YDH), Datuk Husam Musa memohon sumbangan bagi menguruskan jenazah seorang mangsa pemerdagangan manusia yang berasal dari Jambi, Indonesia.

Beliau berkata, mangsa yang ditemui sakit dan dalam urusan penghantaran pulang oleh Pertubuhan Migrancare telah meninggal dunia di Hospital Tunku Rahimah, Kelang, semalam.

“Saya telah menerima rayuan dari waris untuk kita bersama berikhtiar menghulur sedikit bantuan.

“Waktu ini, pihak YDH dan Migrancare sedang koordinasi dengan pihak kedutaan, pemerintah Daerah Jambi dan keluarganya untuk urusan pemulangan jenazah almarhumah. Urusan ini tidak dapat dijayakan kerana kesulitan dari sudut kewangan,” katanya.

Justeru beliau meminta pihak yang prihatin agar menghulurkan bantuan  bagi membiayai urusan mereka dengan membantu membayar baki bil hospital, urusan dokumentasi, dan kos penghantaran pulang jenazah ke Jambi.

Sumbangan Derma Kilat boleh di salur ke akaun Maybank: Yayasan Darul Hijrah (5660 1060 9934).

Pihak yang telah menghulurkan sumbangan perlu memaklumkan melalui whatsapp 018-359 0403 dan email ke [email protected].

“Moga sedikit amal jariah meringankan kesusahan orang di bulan Ramadhan ini diterima Allah swt sebagai amal soleh,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)