Malaysia Dateline

YDP Agong prihatin golongan asnaf, kata Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada Yang Dipertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji dan Raja Permaisuri Agong Tengku Azizah Aminah Maimunah kerana mencemar duli hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Agensi Agama dan Asnaf hari ini

Menterinya Datuk Seri Dr Mujahid Yusof turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam negeri (Main) dan Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti kerana hadir dalam majlis julung kali diadakan itu.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bersama Sultan Abdullah di meja santapan menunggu waktu berbuka puasa bersama ketua agensia agama dan golongan asnaf dalam majlis diadakan

“Majlis ini diharapkan dapat menzahirkan penghargaan kepada ketua agensi yang menjadi pendokong utama dalam memperkasakan hal ehwal Islam, setelah baginda diisytiharkan YDP Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 lalu.

“Peluang yang julung kali ini turut memberi peluang kepada asnaf untuk mengenali lebih dekat ke bawah Duli Tuanku dan sikap perihatin tuanku berdua terhadap golongan asnaf

“Keberangkatan baginda tuanku terhadap usaha memartabatkan kalam Allah dan meninggikan syiar Islam.

“Kita turut meraikan golongan asnaf pelbagai peringkat usia dan bangsa untuk saling mengenali antara satu dengan lain,” ujarnya dalam ucapan aluan pada majlsi berkenaan.

Dalam majlis diadakan YDP Agong Sultan Abdullah perkenan mengurniakan bantuan sambutan hari raya kepada penerima yang terdiri daripada golongan asnaf.

Turut hadir kerabat diraja Pahang, Ketua-ketua Jabatan dan Asnaf Baitulmal MAWIP.

Sultan Abdullah beramah mesra dengan ketua ketua agensi agama pada majlis yang diadakan