YDP Agong rasmi pembukaan sidang Parlimen penggal keenam

YDP Agong rasmi pembukaan sidang Parlimen penggal keenam

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keenam Parlimen Ke-13 hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 10.40 pagi di dataran Parlimen disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri S. A. Vigneswaran.

Turut menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakdan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersamaisteri Datin Seri Hamidah Khamis.

Sultan Muhammad V kemudian diiringi ke Penterana Diraja dan menerima sembah ‘Hormat Diraja’ olehpasukan Kawalan Kehormat Utama, Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja yang diketuai MejarMuhamad Nor Azizan Yahya.

Serentak itu, panji-panji Yang di-Pertuan Agong dikibarkan. Ia diikuti tembakan meriam 21 das serentakdengan lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dimainkan.

Sultan Muhammad V kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada empatpegawai dan 103 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi, yang diketuai Mejar Azlan Shah Baharom.

Selepas pemeriksaan, baginda berangkat semula ke Penterana Diraja dan menerima sembah ‘Hormat Diraja’ kali kedua, sebelum lagu ‘Negaraku’ dimainkan sekali lagi.

Selesai istiadat berkenaan, Sultan Muhammad V diiringi ke Bilik Diraja di bangunan Parlimen untuk sesibergambar sebelum ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah ucapan perasmian.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 5 April, sementara Dewan Negarabersidang selama sembilan hari mulai 16 hingga 30 April.

 

CATEGORIES
TAGS