Malaysia Dateline

‘Yosakoi Pulau Pinang’ ketengah pelbagai aktiviti tarian, acara sukan

Pelbagai aktiviti termasuk larian maraton antarabangsa dan perahu antarabangsa dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menarik pelancong ke Pulau Mutiara itu.

Terkini acara meriah yang turut diadakan ialah ‘Yosakoi Pulau Pinang’ iaitu Perarakan Antarabangsa Hari Malaysia 2022 yang mempersembahkan begitu ramai penari dengan pelbagai tarian dari seluruh Malaysia dan juga luar negara.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, program ini merupakan pameran warisan Pulau Pinang, kreativiti dan perpaduan yang didukung oleh semua golongan masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.

“Dengan adanya acara penting sebegini adalah diharapkan ia menjadi suatu acara penting yang menarik perhatian antarabangsa terhadap Pulau Pinang.

“Ia juga menghimpunkan insan yang sukakan budaya dan tarian untuk diraikan bersama dengan memaparkan pelbagai budaya tradisional Pulau Pinang.

“Disamping itu ia turut mengenengahkan kreativiti rakyat dan semangat perpaduan sejajar dengan visi Phoenix 2030 serta perjanjian ‘Cinta Pulau Pinang’ serta boleh dijadikan contoh bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga sorotan antarabangsa,” katanya lagi.

Baca juga Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak dari Kedah, kata Sanusi

Baca juga Kes amang seksual pendakwah selebriti dirujuk kepada TPR