Siapa menyangka niat hanya untuk mengkaji kebenaran kitab suci al-Quran membuka pintu hati Youtuber Eropah untuk memeluk Islam.
Pemuda yang dikenali sebagai Bobby’s Perspective berkongsi pengalaman mengucap dua kalimah syahadah menerusi saluran Youtube miliknya.
Bobby dilihat telah melafazkan syahadah di hadapan Sheikh Uthman Farooq di dalam sebuah masjid.
Sebelum ini, Bobby dikatakan pernah mempersoal kebenaran agama Islam, malah sempat membaca dan mengkaji kitab suci al-Quran bagi mengetahui jawapan tersebut.
Menerusi salah satu muat naik videonya pada April tahun lalu, Bobby pada awalnya telah diminta oleh penontonnya untuk membaca dan menyemak al-Quran.
Bobby pada awalnya mempercayai agama Islam adalah musuh agama Kristian malah menganggap penganut agama ini sebagai penjenayah.
“Saya benci semuanya tentang Islam. Terutamanya di Jerman tempat saya membesar, saya dikelilingi oleh penjenayah asing yang beragama Islam,” ujarnya.
Namun, misi Bobby mentelaah al-Quran untuk membuktikan kejahatan berakhir dengan berita baik dan ia dikongsi menerusi TikTok, @driftback.
Bobby akhirnya telah disapa hidayah dan kemudiannya dengan hati yang terbuka telah memeluk Islam.
Baca juga: Kecoh dakwaan siasatan SPRM berkaitan Hakim Nazlan bocor di media sosial