Umum tahu yuran sekolah antarabangsa bukanlah murah namun ibu bapa yang berkemampuan pastinya mahukan semua terbaik buat anak mereka.
Samalah seperti wanita ini yang memilih untuk menghantar anaknya ke sekolah swasta demi memberi pendidikan terbaik.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, @farahwen, dia merakam detik perpisahan anaknya bersama rakan-rakan, senior sekolah dan gurunya.
Buat wanita itu, ia adalah saat menyedihkan melihat anak kecil itu berpisah dengan guru yang telah banyak mendidik anaknya.
Oleh itu, Farah ingin menghadiahkan sagu hati buat guru dengan membeli barang kemas bernilai RM32,490.
“Dia (anak) dapat belajar banyak perkara tahun ini disebabkan awak, Awak adalah cikgu kesayangannya sampai bila-bila, harap awak menyukainya,” katanya dalam video tersebut.
Rata-rata warganet terkejut dengan harga hadiah tersebut namun lebih terkedu melihat yuran sekolah tersebut.
“Yuran dia harga sebiji rumah ke? Ke aku silap tengok?
“Mak aiiiii! Yuran puluh-puluh ribu sampai ratus ribu.
“Harga yuran sini lagi murah dari sekolah internasional di Bali dan Jakarta, sini nampak lagi bagus,” antara komen warganet.
Namun ramai bersetuju untuk memberikan pendidikan terbaik jika mampu buat anak mereka sama seperti yang dilakukan Farah.
Tidak perlu dipertikai mengapa tidak dihantar ke sekolah pondok, mana tahu anaknya ada guru agama khas yang mengajarnya.
Baca juga: