Yusuf Apdal dibebaskan hari ini dengan jaminan RM100,000

Yusuf Apdal dibebaskan hari ini dengan jaminan RM100,000

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal yang ditahan berhubung siasatan penyelewengan dana awam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah telah dibebaskan Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus yang membuat keputusan membenarkan Mohd Yusof, 57, dijamin RM100,000 dengan deposit sebanyak RM50,000.

Mohd Yusof yang juga adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditahan Selasa lalu di pejabat SPRM Sabah selepas hadir bagi membantu siasatan SPRM berhubung penyelewengan RM1.5 bilion dana KKLW antara tahun 2009 hingga 2015.

Beliau kemudian direman selama empat hari sejak Rabu lalu dan disambung dua hari lagi hingga hari ini.

Setakat ini sebanyak 13 individu termasuk telah ditahan untuk siasatan termasuk juga Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna.

Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM.

CATEGORIES