Malaysia Dateline

YWP peruntuk RM1.5 juta untuk pelajar tahfiz, agama, Cina persendirian

KHALID (tengah) bersama wakil pusat tahfiz, sekolah agama swasta dan sekolah Cina persendirian selepas menyampaikan bantuan dari Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) di Tamu Hotel Kampung Baharu. – FOTO: NAZIRUL ROSELAN

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta kepada pusat tahfiz, sekolah agama dan sekolah persendirian Cina bagi memastikan institusi pendidikan di Wilayah Persekutuan terus diperkasa sekali gus mengurangkan keciciran pelajar.

Menterinya, Khalid Abd. Samad berkata, pihaknya berharap agar pihak sekolah dapat menggunakan bantuan yang diberikan dengan sebaiknya.

“Kita mahu pelajar terus bersemangat untuk hadir ke sekolah dan dapat meningkatkan prestasi mereka,” katanya.

Terdahulu, 50 buah sekolah agama dan pusat tahfiz berserta empat sekolah persendirian cina menerima bantuan. – WILAYAHKU