Zaharin hentam Zahid Hamidi kononya wang diterima dari Singapura untuk kepentingan Umno

Oleh NASUHA RAHMAN

Blogger dan aktivis Umno, Zaharin Mohd Yasin hari ini menghentam Datuk Ahmad Zahid Hamidi kononya wang yang diterima dari Singapura bagi tujuan kepentingan Umno.

Menurut Zaharin Umno tidak pernah menerima wang daripada individu pemegang jawatan dalam Umno sebaliknya bantuan kewangan disalurkan ke pengurusan Umno bahagian melalui ibu pejabat Umno.

“Sepanjang yang saya tahu Umno tidak pernah menerima wang daripada individu pemegang jawatan dalam Umno,
bantuan ke pengurusan Umno bahagian melalui ibu pejabat Umno,” katanya dalam aplikasi Tik Tok.

Zaharin turut mencabar Zahid agar membuktikan kepada mahkamah bahawa semua wang yang diterimanya selama empat tahun itu diberikan kepada ibu pejabat Umno.

“Jadi saya nak bertanya Dr Ahmad Zahid Hamidi boleh kamu buktikan di dalam mahkamah bahawa semua wang yang kamu terima selama 40 bulan telah dihantar atau diberikan kepada ibu pejabat Umno untuk tujuan pengurusan Umno termasuk di 191 Umno bahagian,”kata beliau.

Beliau turut mengiyakan apa yang dikatakan Tun Dr Mahathir Mohamad selama ini bahawa Zahid seorang penyangak, penyamun, perompak di dalam Umno.

Zaharin hentam Zahid Hamidi kononya wang diterima dari Singapura untuk kepentingan Umno
Zaharin hentam Zahid di aplikasi Tik Tok

“Hay! Dr Ahmad Zahid Hamidi kamu ini memperkayakan diri kamu, yang kaya ialah keluarga kamu iaitu ringgit ke syurga siapa yang kaya dia dan keluarganya.

“Inilah penyangak, penyamun, perompak di dalam Umno yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir,” katanya lagi.

Zaharin juga hairan dalam minggu ini tidak ada seorang pun ahli Umno yang terperanjat beruk bila dimaklumkan mahkamah bahawa Timbalan Presien Umno masa itu Ahmad Zahid Hamidi menerima jutaan duit dari Singapura kononya bagI tujuan kepentingan Umno.

“Yang anehnya pemimpin dan ahli Umno bingung, bodoh, bahlol dan tidak berakal seolah-olah orang yang korup berjuta-juta ringgit wang boleh diangkat menjadi pemimpin hanya kerana sebahagiannya menerima dedak.

“Kita harus menyingkirkan pemimpin seperti mereka demi kesinambungan perjuangan Umno,” katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi diberitahu wang yang diberikan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) kepada bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah sumbangan politik.

Ia bukannya rasuah, kata bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun ketika sesi soal balas oleh peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahamd Zahid dalam perbicaraan kes rasuah Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Lee memberitahu mahkamah, semalam bahawa syarikatnya membayar secara tunai dalam Dolar Singapura setiap bulan kepada Ahmad Zahid dari 2014 hingga 2018 berhubung Kontrak VLN.

Baca juga: Kisah sedih seorang murid ponteng sekolah kerana tidak mampu bawa hadiah untuk guru