Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Zaharudin nafi Dr Samsuri, Khalil terlibat kartel dedak
Zaharudin menafikan DR Samsuri dan Khalil Abdul Hadi adalah anggota kartel dedak.

Zaharudin nafi Dr Samsuri, Khalil terlibat kartel dedak

Oleh MALAYSIA DATELINEMay 12, 2019 11:56 pm




Zaharudin Muhamad menafikan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terlibat dengan ‘kartel dedak’ yang beliau bayangkan sebelum ini.

Menantu presiden Pas itu juga menafikan Ketua Pemuda Pas yang juga adik iparnya, Muhamad Khalil Abdul Hadi terlibat dalam ‘kartel dedak’ itu.

Namun beliau tidak menafikan tiga nama lagi yang dinamakan oleh pelbagai pihak sebagai terlibat iaitu Ketua Penerangan Pas, Nasarudin Hassan, ahli parlimen Bachok Nik Muhamad Abduh dan ahli parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairudin Aman Razali.

Posting terbaru Zaharudin menafikan MB Terengganu dan Ketua Pemuda Pas terlibat.

Dalam satu posting di facebooknya malam ini, Zaharudin menafikan satu poster yang dikeluarkan berdasarkan bayangan 5 anggota Kartel Dedak yang beliau dakwa.

“Ini palsu. X sama dengan apa yang saya maksudkan. Takkan MB Terengganu terlibat?.

“Takkan adik ipar ana sendiri terlibat.

“Jangan percaya PAN,” tulis Zaharudin.

Kenyataan ini dipercayai dibuat oleh Zaharudin berikutan pelbagai pihak membuat tafsiran tentang siapakan 5 kartel dedak yang dimaksudkan oleh beliau.

Dari nama-nama yang disebutkan itu, satu poster dibuat untuk menjelaskan pihak yang didakwa terlibat itu.

Kartel dedak adalah nama gelaran yang diberikan oleh Zaharudin kepada pemimpin Pas yang terlibat mengambil duit dari Umno.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production