Malaysia Dateline

Zahid dah tutup pintu depan, tetapi…

Walaupun Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri ia bukan tiket untuk beliau melanggar arahan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden BN, demikian menurut Ahli Majlis Kerja (MKT) Umno Dr Puad Zarkashi.

Jika begitu, bagi Puad Zahid boleh berkata “saya dah turup pintu depan…tetapi”.

“Dalam parti, Ismail Sabri Yaakob adalah Naib Presiden. Dia bukan Presiden dan bukan Timbalan Presiden. Dia juga bukan Pengerusi BN.

“Dia TPM. Tetapi itu bukan tiket untuk Ismail Sabri bulldoze Presiden Umno dan Pengerusi BN. Dia perlu dapat consent Presiden Umno jika babit soal parti,” katanya.

Mengulas dakwaan satu pertemuan sulit Ahli Parlimen BN semalam, Puad berkata tindakan itu perlu mendapat persetujuan daripada Pengerusi BN.

“Hatta untuk buat pertemuan dengan MP Umno dan BN, perlu dapat persetujuan dari Pengerusi BN.

“Mana boleh Presiden buat perjumpaan, Naib Presiden pun buat perjumpaan pada tarikh dan waktu yang sama,” katanya.

Tegas Puad, Umno boleh berpecah apabila ada dua nakhoda apatah lagi perkara yang membabit soal dasar parti dan keputusan yang sudah dibuat oleh MKT.

“Jangan ubah keputusan MKT. Tidak boleh ada dua nakhoda. Pecah UMNO.

“Bolehkah seorang Timbalan Ketua Bahagian guna letterhead Umno Bahagian buat kenyataan yang babit soal dasar tanpa kebenaran Ketua Bahagian?” soalnya.

Terkini, 30 MP BN dilaporkan telah mengadakan majlis makan malam di Wisma Perwira Kementerian Pertahanan.

Majlis itu difahamkan bagi menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Mahiaddin Md Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.