Zahid Hamidi Lawat MB Kelantan di HUSM

Zahid Hamidi Lawat MB Kelantan di HUSM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang sedang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan kecil akibat pendarahan di bahagian kiri kepalanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid yang tiba di hospital itu pada 5.50 petang, meluangkan masa lebih 10 minit untuk berbual dengan Ahmad yang semakin sembuh.

“Saya doakan agar Yang Amat Berhormat cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ahmad.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas Datuk Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian Datuk Mohamad Abdul Ghani dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Ahmad Zahid berkata doktor pakar yang merawat Menteri Besar Kelantan itu juga memaklumkan tahap kesihatan Ahmad bertambah baik.

Ahmad dimasukkan ke HUSM pada Rabu lepas setelah rasa sakit di bahagian kepala sejak seminggu lalu dan pihak hospital memaklumkan terdapat darah beku

TAGS