Zahid nafi PM mahu bubar parlimen

Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta orang ramai tidak percaya dengan desas-desus kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat pengumuman membubarkan Parlimen petang ini.

Sebaliknya, beliau menggesa orang ramai menunggu sidang media khas kira-kira jam 5 petang ini untuk mengetahui pengumuman itu, lapor BH Online.

“Saya sendiri terima mesej daripada rakan yang menunaikan haji di Makkah, yang bertanyakan mengenai kesahihan maklumat yang tersebar itu.

“Saya tak mahu mendahului Perdana Menteri, tetapi saya tak fikir ada pembubaran Parlimen dan tak mungkin pengumuman pembubaran Parlimen dibuat hari ini,” katanya.

Sidang media petang ini akan diadakan di Tingkat 39 Menara Dato Onn sekitar dan akan dihadiri semua ahli majlis tertinggi Umno.

CATEGORIES
TAGS