Zahid Presiden Umno

Zahid Presiden Umno

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini Presiden Umno ke-7 dalam pemilihan pertandingan yang sengit untuk merebut kerusi tertinggi parti dalam Pemilihan  Umno bagi penggal 2018-2021.

Bekas timbalan perdana menteri itu telah menewaskan dua pesaing utamanya  Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah untuk mendapat jawatan nombor satu dalam Umno.

Zahid, 65, sebelum ini pemangku Presiden Umno selepas Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya mendapat sokongan majoriti daripada 191 bahagian dengan memperoleh 93 undi yang di twitter pada jam 9.35 malam tadi.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy, 42, menduduki tempat kedua dengan memenangi 51 undi.

Pemimpin veteran berusia 81 tahun, Tengku Razaleigh atau mesra dipanggil Ku Li, berada di belakang hanya memperoleh 23 undi.

Calon lain yang tidak dikenali dalam persaingan  lima orang untuk jawatan Presiden Umno ialah Ahl  Jawatankuasa Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan ahli Iskandar Puteri Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin.

Bagi jawatan Timbalan Presiden dimenangi bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dengan memperoleh 103 uni mengatasi lawan rapatnya Ketua Penerangan Umno  Tan Sri Annuar Musa yang memperoleh 88 undi.

Keputusan tidak rasmi setakat ini turut menunjukkan 3 jawatan Naib Presiden dimenangi bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Pada pemilihan peringkat sayap  yang diadakan minggu lalu. Datuk Noraini Ahmad, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Zahida Zarik Khan diumumkan sebagai Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Umno  yang baharu.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote