Malaysia Dateline

Zahid tidak muncul dalam ceramah dengan Muhyiddin malam tadi

Selepas mengumumkan ramai Ahli Parlimen Umno menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menyertai program bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putatan, Sabah malam tadi.

Menurut poster dan banner majlis itu, Zahid sepatutnya turut bersama dalam ceramah perdana Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu.

Namun begitu, menurut FMT, Naib Presiden Umno, Tan Sri Mahthir Khalid menafikan berlakunya sebarang perpecahan dalam Umno.

Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa tidak boleh menyertai sebarang kempen di saat akhir ini selepas beliau dikesan sebagai kontak rapat dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Shahril Hamdan yang disahkan postif Covid-19.

“Dengan perintah ini, saya di kehendaki menjalani kurantin di kediaman di Kota Kinabalu bagi tempoh tertentu,” tulis Menteri Wilayah Persekutuan itu dalam satu nota beliau kepada penyokong GRS.