Malaysia Dateline

Zahid, Tok Mat temui pimpinan Johor malam ini

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dijangka bertemu kepemimpinan negeri malam ini.

Lapor BH, pertemuan itu bagi memperincikan butiran persiapan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Kunjungan kedua pemimpin tertinggi parti itu akan dimulakan dengan pertemuan tertutup bersama Pengerusi Umno Johor, Datuk Hasni Mohammad yang juga Menteri Besar.

“Pertemuan tertutup akan diadakan di Saujana pada jam 8.30 malam ini dengan disertai pimpinan Umno Johor.

“Esok pagi pula, Presiden dan Timbalan Presiden akan menyertai Mesyuarat Umno Johor bersama komponen Barisan Nasional (BN) di Bangunan Umno, di Jalan Yahya Awal, bagi memperincikan butiran lanjut mengenai PRN Johor.

“Setakat ini, ketetapannya memang Presiden dan Timbalan Presiden akan ke Johor Bahru bermula malam ini, namun ia tertakluk pada perubahan saat akhir,” kata sumber Umno dipetik BH.

LANJUT MENYUSUL