Zaidi  bercita-cita dicalonkan di Parlimen Kepala Batas

Zaidi bercita-cita dicalonkan di Parlimen Kepala Batas

Bekas anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad tidak keberatan sekiranya dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi di Pulau Pinang khususnya di kubu kuat Umno di Parlimen Kepala Batas.

 “Jika diberi peluang di Pulau Pinang di Parlimen Kepala Batas.

“InsyaAllah Pulau Pinang akan terus kekal di bawah Pakatan Harapan dan kita mahu pastikan dalam pilihan raya akan datang kita sama-sama tukar Persekutuan di bawah Pakatan Harapan pula,”ujarnya kepada Malaysia Dateline ketika ditemui dalam satu majlis dihadiri beliau  di Kuala Lumpur semalam.

Zaidi kini pegawai maklumat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng  mula dikenali selepas membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada tahun 2013.

Beliau dipecat  oleh mahkamah tentera pada tahun 2014 dan selepas itu menyertai Pas. Beliau kemudian meninggalkan Pas untuk menyertai AMANAH selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Pas kemudian menyertai DAP pada 2016 semata-mata untuk mengubah tanggapan bahawa DAP anti-Melayu dan anti-Islam di kalangan orang Melayu.

{loadposition myposition} Zaidi yang berasal dari Kepala Batas ini, turut berkata, bagaimanapun untuk beliau  menjadi calon bukan keutamaannya kini.

“Saya tidak letakkan keutamaan sekarang. Saya bersedia membantu Pakatan Harapan untuk bertanding.

“Saya serahkan kepada pucuk kepimpinan parti,” ujarnya yang menolak desas- desus namanya disebut sebagai calon DAP bagi salah satu kerusi di Pulau Pinang  dalam PRU14.

Dalam PRU13 kerusi Parlimen Kepala Batas dimenangi oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Sebelum itu Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan penyandang kerusi sama selama tujuh penggal sejak 1979 setelah mengumumkan beliau tidak bertanding pada pilihan raya  tahun itu.

 BN memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas dengan 25,128 undi dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Penaga (8,350 undi), Bertam (7,939 undi) dan Pinang Tunggal (9,155 undi).

 

TAGS