Malaysia Dateline

Tan Sri Zainuddin Maidin

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin meninggal dunia lewat petang ini.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Pengarang Utusan Melayu (M) Bhd menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada jam 6.25 petang tadi.

Allahyarham yang berusia 79 tahun sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya di sini, pada 13 November lalu akibat masalah paru-paru berair.