Zairil Khir Johari kecundang pemilihan DAP Pulau Pinang

Zairil Khir Johari kecundang pemilihan DAP Pulau Pinang

Pemimpin DAP Melayu Pulau Pinang, Zairil Khir Johari kecundang dalam jawatankuasa kerja sempena pemilihan parti peringkat negeri hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah berkenaan menerima 328 undi dan kurang lapan undi sekali gus gagal menempatkan diri dalam 15 kelompok teratas yang bertanding.

Turut tewas, Timbalan Ketua Menteri 2, Dr P. Ramasamy; Ketua Wanita DAP negeri, Lim Siew Khim; Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuririani.

Bagaimanapun, Zairil yang juga anak kepada bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Mohamed Khir Johari dilantik semula memegang jawatan Naib Pengerusi Parti yang disandang sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berjaya mengekalkan jawatan Pengerusi DAP negeri yang disandang sejak 1999 manakala Jagdeep Singh Deo dipilih sebagai Timbalan Pengerusi.

Dalam pada itu, Lim Hui Ying yang juga adik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengekalkan jawatan sebagai Setiausaha DAP negeri.