Zakar dipotong isteri selepas melafazkan talak, suami tuntut ganti rugi lebih RM167,000

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang suami membuat keputusan untuk menuntut ganti rugi sebanyak lebih RM167,000 daripada isteri selepas wanita itu bertindak memotong kemaluannya.

Difahamkan, wang ganti rugi tersebut bakal digunakan suami bagi menampung kos rawatan dan perubatan zakar yang akan dijalani lelaki itu di luar negara.

Peguam yang mewakili suami berkata, penuntutan ganti rugi itu perlu dilakukan kerana mangsa telah mengalami kecacatan kekal akibat perbuatan isterinya.

Kejadian mengerikan itu dipercayai berlaku pada pukul 4.30 pagi (waktu tempatan) di dalam sebuah hotel yang terletak Solo, Jawa Tengah, Indonesia.

Prosiding tuntutan ganti rugi sebanyak 550 juta rupiah (RM167,396.79) itu dijalankan di Pengadilan Negeri (PN) Solo pada Isnin lalu.

Bermula daripada pergaduhan mulut, pasangan yang mendirikan rumah tangga tanpa restu keluarga itu mulanya berselisih faham sehari sebelum kejadian.

Sempat melafazkan talak untuk menceraikan sang isteri, pasangan tersebut kemudian kembali berdamai dan tidur bersama di hotel berkenaan.

Ketika mangsa sedang tertidur nyenyak, isterinya kemudian mengambil sebilah pisau cutter lalu memegang dan memotong kemaluan lelaki tersebut.

Segera terbangun dan menjerit kesakitan, mangsa difahamkan sempat menerima rawatan di hospital selepas meminta pertolongan daripada pekerja hotel.

Pasangan itu rupa-rupanya baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun lalu ketika mangsa berusia 19 tahun manakala isterinya berumur 33 tahun.

Memetik laporan Detik.com, peguam yang mewakili isteri, Asri Purwanti meminta pengurangan kos ganti rugi berikutan wanita itu merupakan ‘pencari nafkah’ keluarga.

Memiliki dua anak bersama, pelaku juga sanggup berbaik semula dengan suaminya dan sudi merawat mangsa sekiranya dimaafkan dan diberi peluang kedua.

“Saya harap pendakwa raya ada belas kasihan kerana tertuduh adalah seorang wanita tulang punggung (menanggung keluarga) dan memiliki dua orang anak.

“Memang (pelaku) salah, tapi perlu ada keringanan. Tertuduh juga bersedia merawat mangsa kalau dimaafkan dan mahu membuat kesepakatan damai.” Kata Asri.

Baca juga: Suami jadi bibik di rumah, isteri pula malas nak tolong, siap suruh kahwin lain lagi