Zakaria serah dokumen, beri keterangan di ibu pejabat SPRM

Zakaria serah dokumen, beri keterangan di ibu pejabat SPRM

Beliau tiba diperkarangan ibu pejabt Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 220 petang tadi.

Beliau yang ditemui memaklumkan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai dakwaan berkenaan.

“Saya juga akan menyerahkan beberapa dokumen kepada SPRM berhubung dakwaan berkenaan,” katanya.

Beliau juga sedia memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan dan dakwaan yang dikemukakan terhadapnya itu.

Semalam, Zakaria bersama tiga yang lain dipaksa bercuti serta merta berkuat kuasa serta-merta oleh lembaga pengarah syarikat.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha juga dipaksa bercuti serta-merta.

Zakaria dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan beliau bersedia untuk disiasat dan mengesyorkan SPRM datang menyiasat FGV supaya senang membuktikan jika ada apa-apa perkara yang tidak baik berlaku dalam syarikat berkenaan.