Malaysia Dateline

Zakat Pulau Pinang agih RM14.84 juta kepada penerima ekoran PKP

Zakat Pulau Pinang telah mengagihkan sejumlah RM14. 84 juta kepada pelbagai penerima yang terjejas ekoran penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika menerima sumbangan bantuan khas Covid-19 sebanyak RM200 ribu daripada Permodalan Nasional Berhad semalam.

Tegasnya, jumlah agihan tersebut turut merangkumi bantuan zakat khas Covid-19 melalui bantuan Nur Ramadan dan bantuan Hari Raya kepada seramai 20,000 penerima.

“Selain itu juga diberikan bantuan kepada guru-guru agama dan guru-guru tahfiz berjumlah RM652, 000 serta bantuan masyarakat Rohingya sebanyak RM30, 000 dan bantuan bekalan bahan makanan berjumlah RM31, 772.32.

” Turut diberikan ialah bantuan kecemasan anak-anak kariah sebanyak RM1, 109,600 serta bantuan Sara Hidup Bulanan sejumlah RM2, 629,300 bagi Mac dan April termasuk bantuan Makanan Bulanan sebanyak RM328, 844.65.

“Begitu juga dengan bantuan Nur Ramadan sebanyak RM2, 158,100 dan bantuan pembersihan nyah kuman masjid dan surau sebanyak RM 305,600 serta saguhati Hari Raya yang berjumlah RM4, 079,050.