Zakat Pulau Pinang bantu bina rumah asnaf

Zakat Pulau Pinang bantu bina rumah asnaf

Zakat Pulau Pinang (ZPP) membelanjakan RM1.431 juta bagi bantuan bina rumah sepanjang tahun lalu dan RM1.6 juta bagi bantuan baik pulih rumah sepanjang tempoh yang sama.

Menurut Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Salleh Man, rumah dua bilik dan tiga bilik itu turut dilengkapi bekalan elektrik dan air.

Beliau ditemui pada majlis penyerahan Bantuan Rumah Zakat Pulau Pinang di Kampung Pokok Jenereh, Tasek Gelugor, kelmarin, lapor Buletin Mutiara.

Pada majlis itu, 13 orang asnaf menerima sumbangan dengan nilai agihan sebanyak RM590,000.

Setiap penerima menerima bantuan sebuah rumah dengan nilai agihan di antara RM38,000 (rumah dua bilik) dan RM46,000 (rumah tiga bilik).

Ia turut merangkumi pemasangan bekalan elektrik dan air serta penyediaan tapak rumah berkenaan.

Antara rumah asnaf yang siap dibina.

TAGS