Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Zakat Pulau Pinang sedia RM3 juta untuk bantuan tangani Covid-19

Zakat Pulau Pinang sedia RM3 juta untuk bantuan tangani Covid-19

Oleh MOHD ALI HASHIMMarch 20, 2020 10:51 am




Bagi membantu golongan asnaf, fakir dan miskin yang melibatkan penjaja dan peniaga kecil, Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyediakan peruntukan sejumlah RM3 juta bagi mereka yang terjejas ekoran penularan wabak Covid 19.

Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Jelasnya lagi, bantuan yang disediakan adalah bertujuan untuk meringankan beban ekoran kehilangan sumber pendapatan golongan tersebut.

“Bantuan khas ini juga disediakan bagi penjaja gerai makanan, peniaga pasar tani dan juga pasar malam.

” Malah ia juga merangkumi peniaga tepi jalan, peniaga kawasan blok perumahan, tukang gunting rambut secara kecil-kecilan, peniaga barang keperluan dapur dan peniaga pakaian yang bukan butik boleh dan layak menerima bantuan yang disediakan ZPP.

“Mereka yang berhasrat untuk mendapatkan bantuan ini mestilah berpendapatan dibawah RM2, 000 sebulan dan tidak mempunyai simpanan melebihi RM5, 000 serta merupakan peniaga sepenuh masa,” tambah beliau lagi.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 turut berkata, bantuan yang disediakan adalah sejumlah RM500 melalui peruntukan Asnaf Tawaqquf yang disediakan oleh ZPP.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

Ahli politik sebenarnya tidak peduli apa pengundi mahu?

MP gesa MKN kaji semula SOP benarkan berniaga selepas 8 malam

‘Serang’ pimpinan kerajaan pintu belakang bukan pegawai kerajaan

“Exco Perlis tolong tengok jalan dah setahun rosak”

Seluruh Sarawak PKPB kecuali Sibu PKP bermula hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production