Zakir Naik: Pendirian PM jelas, rakyat tidak perlu merumitkan keadaan, kata Aiman Athirah

Zakir Naik: Pendirian PM  jelas, rakyat tidak perlu merumitkan keadaan, kata Aiman Athirah

 

Keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus membenarkan pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik meneruskan ceramahnya dan tinggal di negara ini perlu disambut baik dikalangan rakyat negara ini.

Senator Raj Munni Sabu atua lebihg dikenali sebagai Aiman Athirah Jundi  berkata, pendirian Dr Mahathir berubung kedudukan Dr Zakir adalah jelas.

“Melainkan ada pihak dengan sengaja mahu merumitkannya dengan mengambil peluang mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat berbilang kaum dengan pelbagai hujjah dan cerita selektif serta menangguk di air yang keroh.

“Terima Kasih Tun.

“Dr Zakir Naik tidak akan diekstradisi ke India.

“Dr Zakir Naik dibenarkan berdakwah tentang Islam, tetapi tidak dibenarkan menimbulkan kebencian kaum dan agama di kalangan rakyat dalam negara ini. (Maknanya perlu Tambahbaik CARA dan APPROACH Dakwah agar Sesuai dengan masyarakat majmuk Malaysia).

“Hanya terlibat dengan urusan dakwah umat Islam, bukannya terlibat berpolitik atau membiarkan diri menjadi alat dan propaganda mana-mana parti politik dalam Malaysia.

“Tidak dibenarkan menyinggung perasaan dan sensitiviti kaum yang ada di Malaysia dan menghormati rakyat negara ini.

“Menyerahkan kepada pihak Polis untuk menjalankan siasatan lengkap berkaitan dan memberikan pandangan/ panduan kepada kerajaan dan publik dalam usaha memastikan ketenteraman awam di kalangan rakyat berbilang dalam negara ini terpelihara sekaligus terjamin.

“Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut lunas undang2 negara jika terbukti berlaku kesalahan berhubung ketegangan kaum dan agama kepada sesiapa sahaja yg terlibat dalam isu ini,” ujarnya dalam kenyataan dan beliau ketika ini masih berada di tanah suci Makkah.

Semalam, Zakir selesai memberi keterangan kali kedua kepada polis selepas hampir 10 jam di Bukit Aman, selepas menjalani sesi sama kira-kira lima jam, pada Jumaat lalu.

Pada 3 Ogos lalu, Zakir dalam ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan kaum Cina di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan menghantar pulang Zakir Naik ke India selagi penceramah bebas itu tidak membuat sebarang masalah.

Perdana Menteri dipetik berkata, penceramah itu tidak akan dihantar pulang kerana sudah diberikan taraf penduduk tetap negara ini.