Zakir Naik ucap terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Mahathir

Zakir Naik ucap terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan  Mahathir

Penceramah kontroversi Dr Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membenarkan beliau menetap di negara ini dan melihat kesnya daripada perspektif yang adil.

Beliau dalam kenyataannya,berkata, keputusan itu mengesahkan keyakinannya terhadap keadilan dan keharmonian rakyat Malaysia, sambil menambah bahawa ini adalah satu kesaksian terhadap kejayaan kepelbagaian kaum di negara ini.

“Saya berasa rendah hati untuk menjadi sebahagian daripada kepelbagaian ini dan saya juga mengakui sensitiviti yang diperlukan.

“Saya tidak pernah ingin mengganggu gugat keseimbangan ini dalam apa cara sekalipun atau melanggar kedaulatan undang-undang negara ini kerana ia adalah kebimbangan utama saya untuk memupuk keharmonian sosial yang kini dinikmati oleh rakyatnya, “katanya.

Beliau berkata, walaupun beliau mengharapkan keadilan dan kebebasan untuk kembali ke tanah airnya, India, dia tetap terhutang budi kepada Malaysia

Dr Zakir juga mendakwa sejak beberapa tahun kebelakangan, beribu-ribu artikel berita, video YouTube dan media sosial telah menngeluarkan “kenyataan yang tidak tepat” mengenai dirinya sedangan beliau tidak berbuat demikian.

“Kepada sesiapa yang tidak mahu melihat Islam sebagai agama keamanan, ia adalah cara yang cepat dan kotor untuk menjatuhkan iman.

“Saya memohon kepada sesiapa sahaja yang membaca bahan tersebut untuk mengesahkannya terlebih dahulu, sebelum terus membuat kesimpulan,

“Kerana kebenaran yang mudah adalah kenyataan yang ditujukan kepada saya yang bertentangan dengan kemanusiaan adalah kenyataan palsu.

“Sekali lagi, saya mengulangi bahawa seorang Muslim tidak boleh menjadi seorang Muslim yang baik melainkan jika ia adalah manusia yang baik, “tambahnya.

Dr Zakir, yang merupakan pemastautin tetap Malaysia, dikehendaki oleh kerajaan India kerana dakwaan pengubahan wang haram dan keganasan.

Sebelum ini pada 4 Julai media melaporkan, Dr Zakir mengadakan mesyuarat pendek dengan Dr Mahathir walaupun tidak jelas apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Dr Mahathir telah berkata Malaysia tidak akan mengusir Dr Zakir “selama ia tidak menimbulkan masalah” di negara ini.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote