Malaysia Dateline

Zaman gelap ada hikmahnya

Kegelapan Terancang
Zaman Gelap atau ‘Dark Age’ adalah suasana manusia tidak mengenali ketamadunan dan peradabannya. Salah satu kegelapan ialah suasana secara sistemik (sistem dan norma yang terancang sebegitu rupa) yang menindas golongan marhaein atas kekuasaan dan kekuatan Golongan Feudal atau Bangsawan. Hari ini mereka dikenali sebagai Golongan Elit Penguasa.

Kebangkitan Pencerahan
Walaupun secara fitrah suasana penindasan secara sistemik dibantah dari sudut perasaan setiap individu yang menjadi mangsa, namun ia hanya menjadi satu kebangkitan apabila dunia berubah melalui ilmu dan pengetahuan dan berkembang secara gerakan sosial dan politik berpengaruh. Sebab itulah pelepasan dari Kegelapan itu diganti kepada zaman baru yang dikenali sebagai Zaman Pencerahan atau Enlighment dan Renaisance.

Kegelapan Tidak Mudah
Pencerahan tidak berlaku tanpa wujud Kegelapan kerana semua kebangkitan tercetus disebabkan kegelapan yang dialami. Kadangkali Pencerahan terhalang kerana Kegelapan itu terlalu kuat setelah sekian lama merengkam dalam budaya masyarakat. Kegelapan berjaya menindas rakyat sehingga rakyat jadi takut dari ugutan-ugutan sistemik supaya elit penguasa mengekalkan amalan penindasan sistemik mereka. Kegelapan membuka mata rakyat jelata melihat dan menghargai nikmat erti Pencerahan, itulah Hikmahnya!

PN Adalah Kegelapan
Demikianlah politik negara dengan kemunculan Perikatan Nasional (PN), ia adalah zaman kegelapan untuk Malaysia. Pencerahan seketika 22 bulan di persada kuasa diugut, difitnah malah diancam teori konspirasi kaum dan agama yang para marhaen termakan. Namun setelah berkuasa kegelapan kembali menindas rakyat sebagai norma agenda mereka.

Rakyat diburu
Hari ini golongan elit PN terlepas dari semua penguatkuasaan undang-undang walaupun si marhaen diburu dan dipenjara kerana tidak menghormati undang-undang. Siapa yang terlepas kuarantin 14 hari tanpa dikenakan penguatkuasaan sedangkan yang dibawah diburu dan dikenakan denda, Siapa yang hanya bayar denda RM250 kerana kesalahan vaping dalam dewan sedangkan si marhaen terpaksa membayar RM1000? siapa yang masih bebas walaupun terbukti bersalah atas 7 tuduhan ke atasnya, walaupun si marhaen akan merengkok menanti rayuan. Siapa yang terus menabur fitnah walaupun wang negara terus diguna membiayai elit kabinet yang besar yang tidak produktif sedangkan rakyat menderita? Selamat datang Kegelapan!

Pencerahan Harapan Kita
Justeru, kita harus berjanji pada diri kita dan kepada anak-anak kita untuk menolak kegelapan yang merampas kehidupan rakyat Malaysia. Mungkin ada hikmahnya Pencerahan dirampas seketika supaya rakyat melihat bagaimana Kegelapan hanyalah satu peluang untuk kelompok elit memelihara kepentingan diri masing-masing walaupun mereka terpaksa beretorik kaum dan agama untuk menipu rakyat marhaein. Berjanjilah pada saya bahawa anda akan bersama Pencerahan dan menolak Kegelapan.

Salam Hijrah.

 

Beliau adalah Naib Presiden AMANAH dan Ahli Parlimen Parit Buntar