Zaman saya tiada GST dan 1MDB, Najib disindir netizen selepas berjubah

Zaman saya tiada GST dan 1MDB, Najib disindir netizen selepas berjubah

Selepas Perdana Menteri kelmarin lengkap berjubah putih dan berkopiah menyertai majlis ‘Doa untuk Malaysia’ di Dataran Merdeka, Presiden Umno itu dilihat riang menaiki simulator kereta lumba semalam. 

Penampilan Datuk Seri Najib Razak dengan berbaju Melayu merah itu kemudiannya dimuat naik dalam Facebook rasmi beliau tetapi hanya mengundang kecaman netizen selain pada masa sama dibanjiri banyak pujian daripada akaun palsu.

“Sempat cuba ‘racing simulator’ tadi, susah juga nak kawal tapi saya faham kenapa anak-anak muda suka main. Mencabar dan menarik. Zaman saya kecil-kecil dulu tak ada permainan macam ini,” ujar Najib dipetik dari laman sosial itu.

Pengguna Facebook, Yus Gunner menganggap Khazanah Nasional Bhd sebagai pemegang pelaburan strategik kerajaan persekutuan sebelum 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan pada 2009 tidak dibebani skandal kewangan sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Masa saya kecil dulu tiada 1MDB, yang ada Khazanah saja tapi tiada pula skandal sampai satu dunia canangkannya,” sinisnya.

Sementara itu, Syaiful Alam dengan nada sindiran berkata, “Masa kecil-kecil dulu saya suka menabung duit. Dah besar saya beli cincin” manakala Ernest Usiek II menulis, “Dulu main dadu, dah besar pergi kasino Las Vegas, kalah judi minta duit tabung bapa.”

Sebahagian netizen juga membangkitkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan 1 April tahun lalu iaitu selepas enam tahun Najib menjadi Perdana Menteri.

“Zaman saya dulu tiada pun GST. Hari ini gua (saya) nak beli Kawasaki Z125 RM10,000 pun kena bayar lebih kepada kerajaan RM600 yang tak masuk akal.

“Kerja susah-susah beli barang sendiri pun kena kasi tips kepada kerajaan. Tapi lu (Najib) cuma duduk main simulator post gambar untung duit. #respectpmnothingtoshow #respectmypmterbalik,” luah Adrian Lo Kooi Hin.

Turut menyindir, Cemey Tpg yang berkata, “Masa saya kecik-kecik dulu tak ada pun GST” manakala tegas Zubir Adlan, “kecil mencuri dah besar menipu. Rakyat dibodohkan.”

TAGS