Zii Jia gagal raih gelaran kedua musim ini

Zii Jia gagal raih gelaran kedua musim ini

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia gagal meraih gelaran antarabangsa kedua selepas kecundang pada aksi final Kejohanan Badminton Masters Korea 2018 di Gwangju, Korea Selatan, hari ini.

Zii Jia, pemenang Terbuka Taiwan 2018 mempamerkan aksi yang mantap menentang pilihan utama, Son Wan Ho dari Korea Selatan sebelum tunduk 16-21 dan 11-21 pada kejohanan itu yang berlangsung di Gwangju Women’s University Stadium, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF): www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Ini merupakan kekalahan kedua dialami oleh Zii Jia, selepas tewas kepada lawan yang sama pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Sementatra itu, pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani juga mengalami nasib yang sama selepas kalah 10-21 dan 16-21 kepada pasangan beregu dari India, Arjun M.R-Reddy B. Sumeeth pada Cabaran Terbuka Antarabangsa India di Mumbai, India.

— BERNAM