Malaysia Dateline

Zulhazmi Shariff

Zulhazmi dilantik Naib Pengerusi DAP Kedah

Konvensyen DAP Negeri Kedah yang berlangsung pada hari ini menyaksikan berlakunya pemilihan Ahli Jawatankuasa negeri yang akan mengetuai parti itu bagi penggal 2021/2023.

Pemilihan pada kali ini membariskan beberapa ahli jawatankuasa baru termasuklah wakil dari kaum Melayu iaitu Peguam Zulhazmi Shariff yang telah dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP Kedah manakala Mohd Shubihi Muhamad Zain dilantik sebagai Setiausaha Publisiti.

Selain Sambutan Ulangtahun DAP ke-55 di Alor Setar konvensyen ini turut membincangkan isu kerjasama DAP dengan parti lain.

Berikut merupakan senarai Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Kedah bagi penggal 2021/2023;

Pengerusi : Tan Kok Yew
Timbalan: Siau Suen Miin
Naib: Zulhazmi bin Shariff
Naib: Karunagaran a/l Govindan

Setiausaha : Teh Swee Leong
Penolong: Liew Eng Wah

Bendahari: Beh Poh Kheng
Penolong: Pua Siew Hoon

SU Organisasi: Loke Chin Giap
Penolong: Tan Kim Ping
Penolong: Koh Hui Im

SU Publisiti: Mohd Shubihi bin Muhamad Zain
Penolong: Ong Khar Hong

Pengarah Pendidikan Politik:
Puvaneswary A/P Kandasamy

AJK
1) Khoo Khim Han
2) Lee Keen Chong
3) Lee Weng Hong
4) Lim Yoke Pheng
5) Ooi Chong Maw
6) Tok Chui Lai