Malaysia Dateline

Zunar

Zunar dipanggil polis di Kedah

Kartunis politik Zunar dipanggil polis berhubung siasatan kartun mengenai keputusan kerajaan negeri Kedah tidak mengumumkan cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam pada 28 Januari lalu.

Pemilik nama sebenar Zulkifli Anwar Ulhaque berkenaan memberitahu hal tersebut di Twitter dan laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club sebentar tadi.

“Saya dihubungi oleh Inspektor Zulkifli Bin Musa dari IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Padang Terap untuk disiasat berhubung kartun saya yang dihasilkan pada 23 Januari 2021.

“Kartun itu disiarkan dalam Facebook, Zunar Kartunis Fan Club. Kertas siasatan telah dibuka di bawah dua seksyen: 505C Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sehubungan itu, Zunar yang sebelum ini kerap disiasat penerbitan buku kartunnya akan hadir di IPD Padang Terap pada 11 pagi, 2 Mei depan.