Zunar sekali lagi disiasat berhubung kartunnya

Zunar sekali lagi disiasat berhubung kartunnya

Pelukis kartun satira politik tanah air terkenal, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, dalam mesej ringkasnya petang tadi berkata, beliau telah menerima panggilan daripada Bukit Aman mengenai siasatan terbaru berhubung kartunnya.

Kali ini kata beliau, ia disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan beliau akan dipanggil ke Bukit Aman pada hari Rabu ini jam 11 pagi.

Menurut beliau, setakat ini sudah lima undang-undang telah digunakan dalam siasatan terhadap kartunnya iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan (9 tuduhan), Penal Code dan menjejaskan demokrasi parlimen serta larangan ke luar negara sejak 2016.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES