Zunar terima anugerah “2016 International Editorial Cartoons Prize”

Zunar terima anugerah “2016 International Editorial Cartoons Prize”

Kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar diumumkan pemenang anugerah "2016 International Editorial Cartoons Prize" di Geneva 3 Mei.

Kartun Zunar dipamer di Geneva

Kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar diumumkan pemenang anugerah “2016 International Editorial Cartoons Prize” di Geneva 3 Mei.

Majlis bersejarah itu di sempurnakan Presiden Terhormat Swiss Foundation Cartooning for Peace yang juga bekas Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu Kofi Annan.

Kartunis dari Kenya, Gado juga memenangi anugerah yang sama untuk tahun ini. Disamping itu, kedua-dua kartunis juga diberi peluang untuk mempamerkan karya kartun mereka di tepi tasik Lac Leman in Geneva.

“Saya berasa bartuah dipilih sebagai salah seorang pemenang “International Editorial Cartoons Prize” bagi tahun 2016. yang berlangsung di Palais Eynard di Geneva yang turut dihadiri Datuk Bandar Geneva, Guillaume Barazzone, kata Zunar dalam satu kenyataan hari ini.

“Anugerah ini memberi kekuatan baru kepada saya untuk terus menggugah kerajaan zalim Malaysia yang telah berusia 60 tahun.

Hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di Malaysia kini berada dalam keadaan yang sangat parah.

Akta Hasutan dan akta-akta lapuk lainnya diguna oleh pemerintah untuk melenyapkan suara pengiritik. Semua institusi kerajaan diguna sebagai perkakas oleh pemerintah untuk terus berkuasa.,” katanya

Bakat kata beliau, bukanlah keistimewaan, tetapi adalah tanggung jawab. Menjadi tanggungjawab saya sebagai kartunis untuk menggunakan seni sebagai senjata bagi menentang pemerintah zalim. Senjata ampuh bagi mana-mana rejim di dunia ialah dengan menanamkan ketakutan dan intimidasi untuk menakutkan rakyat. Lakaran seni dapat memimpin rakyat untuk merentasi garisan ketakutan.

“Apabila kita berhadapan dengan krisis moral, tiada ruang untuk merungut dalam diam. Kita mesti bangun dan melaungkan suara dengan kuat dan jelas.

“Bersikap neutral adalah adalah satu bentuk pelarian dari kenyataan bagi mereka yang hidup dalam zon yang selesa. Bagaimana saya boleh bersikap neutral, sedangkan pen saya juga punya stand. Akhirnya, saya ingin mengingatkan kepada kerajaan Malaysia bahawa semakin kuat tekanan, semkain kuat pula penentangan,” katanya.

Bagi Zunar, penguasa boleh mengharamkan kartunnya, boleh mengharamkan buku saya, tetapi sama sekali tidak boleh mengharamkan fikiran.

“Saya akan terus berjuang melali kartun. Saya akan terus berlawan sehingga ke titisan dakwat terakhir,” tegasnya.

Zunar adalah kartunis politik di Malaysia. Karya-karya beliau memfokus kepada membongkar korupsi, salah laku dan kezaliman kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Pada 10 Februari lepas, beliau ditangkap di dimasukkan ke lokap selama tiga hari di bawah Akta Hasutan.

Sebelum itu, pada September 2010, beliau juga pernah ditangkap di bawah undang-undang yang sama.

Pada 3 April 2015, Zunar di dakwa ke mahkamah atas sembilan tuduhan di bawah Akta Hasutan. Hukuman maksima untuk semua kesalahan ini adalah 43 tahun penjara.

Sebelum itu, pemerintah mengharamkan tujuh buku kartun beliau. Pengilang dan pekedai di seluruh Malaysia diugut supaya tidak mencetak dan menjual buku-buku kartun Zunar.

Pejabatnya di Kuala Lumpur sudah tiga kali diserbu penguasa dan ribuan buku dirampas.

Zunar adalah satu-satunya rakyat Malaysia dan termasuk dalam 10 inidividu dari seluruh dunia yang dipilih dalam kempen ‘Write for Rights (#W4R) 2015′ oleh Amnesty International.

TAGS