Zunar terima anugerah kebebasan media antarabangsa di New York

Kartunis Zulkifly Anwar Ulhaq atau lebih dikenali sebagi Zunar hari ini menerima anugerah “Anugerah Kebebasan Akhbar Antarabangsa 2015” dari Committee to Protect Journalists (CPJ) di New York petang tadi (pagi ini waktu Malaysia).

Kartunis lagenda, Garry Trudeau menyampaikan award berprestij tersebut kepada Zunar di The Waldorf Astoria, kata Zunar dalam satu kenyataannya kepada media dari New York.

Zunar yang terkenal dengan pelbagai kartun politik itu mendedikasikan anugerah ini kepada semua peminat, penyokong dan rakyat Malaysia serta warga dunia yang sentiada berdiri teguh di menyokong beliau sepanjang masa.

Berita lanjut menyusul.

TAGS