Zuraida gesa rakyat bersikap patriotik sempena Hari Merdeka

Zuraida gesa rakyat bersikap patriotik sempena Hari Merdeka

Sebanyak 7 ribu bendera telah diagihkan kepada penduduk dan premis-premis kedai di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, beliau amat berbesar hati dan bersedia berkhidmat sebaik mungkin sebagai Ahli Parlimen Ampang.

“Pada pendapat saya tidak kira sama ada kerajaan memerintah mahupun pembangkang marilah kita bersama-sama mengibarkan jalur gemilang

“Tidak kira negeri dan tiada diskriminasi mahupun yang di anak tirikan seperti yang dilakukan kerajaan terdahulu semuanya sama sahaja sebagai rakyat Malaysia,” katanya semasa merasmikan majlis Pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Ampang baru-baru ini.

Menurutnya, beliau berharap agar bukan sahaja penduduk di sekitar kawasan MPAJ malah semua rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat patriotik dan mengibarkan jalur gemilang.

Turut hadir bersama, Johari Atli Setiausaha Pengarah Undang-Undang MPAJ.

Antara kakitangan MPAJ dan ahli parti yang hadir dalam program kibar jalur gemilang yang diadakan di Parlimen Ampang.