Malaysia Dateline

Zuraida pakai sut perlindungan lawat kawasan

Penampilan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika turun ke lapangan dengan sut peralatan perlindungan diri (PPE) menarik perhatian warga maya.

Foto bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengenakan pakaian serba putih berserta topeng itu tular di media sosial.

Tidak kurang juga warga maya yang menjadikan penampilan Ahli Parlimen Ampang tersebut ketika musim penularan pandemik Covid-19 ini sebagai bahan jenaka.

Zuraida yang menjadi antara 11 bekas Ahli Parlimen PKR keluar dari parti itu dan Pakatan Harapan (PH) dikenali lazim berjubah dalam urusan rasminya.

Penampilan Zuraida dengan sut perlindungan lengkap menarik perhatian orang ramai.