Zuraida selamba hadiri majlis makan malam ketika Covid-19 mengganas

Zuraida selamba hadiri majlis makan malam ketika Covid-19 mengganas

Meskipun kes baharu Covid-19 mengganas dengan lonjakan mencecah 80 peratus semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan mereka terlibat dilihat selamba menghadiri majlis makan malam.

Berlangsung di Berjaya Times Square Hotel dekat ibu negara malam tadi, program tersebut turut dikatakan sebagai majlis kesyukuran atas pelantikan bekas Naib Presiden PKR untuk jawatan dalam kerajaan itu.

Beberapa gambar program tersebut tular di media sosial dengan antaranya memaparkan kumpulan pemuzik orkestra.

Lebih mengejutkan, foto lain pula menunjukkan tiada seorang pun dalam kalangan dipercayai kumpulan pegawai di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenakan topeng penutup hidung dan mulut.

Ketika Malaysia muncul kes tertinggi Covid-19 di Asia Tenggara, ada menteri dan pegawainya masih selamba berpesta.