Zurich Malaysia pindah cawangan insurans, Takaful ke Bukit Damansara

Zurich Malaysia pindah cawangan insurans, Takaful ke Bukit Damansara

Zurich Malaysia (Zurich) mengumumkan cawangan Kuala Lumpur (KL) agensi itu dari Jalan Dewan Bahasa dan Jalan Ipoh dipindahkan ke HP Towers di Bukit Damansara.

Terletak di hab perniagaan strategik dalam KL, cawangan baharu itu dibangunkan untuk memberiperkhidmatan bersepadu kepada pelanggan insurans dan takaful.

Dalam kenyataan, Zurich berkata pembukaan cawangan KL dirasmikan oleh ketua pegawai eksekutif (CEO)  Zurich Life Insurance Malaysia Bhd Stephen Clark, dan CEO Zurich General Insurance Malaysia Bhd David Fike, di sini hari ini.

Mudah dihubungi menerusi Stesen MRT Semantan berdekatan, cawangan baharu itu mempunyai susun atur terbuka serta kawasan perbincangan yang selesa bagi membolehkan pelanggan berbincang mengenai keperluan dan kebimbangan mereka bersama petugas yang berdedikasi.

Selain pejabat cawangan di aras bumi, Zurich juga menyediakan ruang kerja dan bilik mesyuarat yang luas di lantai lain bangunan itu bagi membolehkan petugas cawangan serta ahli agensi menjalankan perniagaan dalam keadaan selesa serta profesional.

– BERNAMA