Malaysia Dateline

15 pelajar cemerlang gagal dapat sijil SPM kerana jujur mengaku bawa telefon bimbit

15 pelajar cemerlang daripada Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya gagal mendapat sijil SPM kerana jujur mengaku membawa telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan.

Difahamkan ianya berlaku secara tidak sengaja apabila pelajar-pelajar ini terbawa telefon bimbit kerana peperiksaan kertas Sejarah 2 bermula lewat dan keadaan menjadi kelam kabut.

Namun, semasa peperiksaan berlangsung baru Ketua Pengawas telah membuat pengumuman kepada pelajar yang terbawa phone agar menyerahkan telefon kepada pengawas dengan janji tidak akan mengambil tindakan terhadap pelajar.

Pelajar yang jujur telah terpengaruh dan menyerahkan telefon mereka.

15 pelajar cemerlang gagal dapat sijil SPM kerana jujur mengaku bawa telefon bimbit
Surat rayuan pertama

Bagaimanapun janji itu tidak ditepati di mana semua pelajar yang menyerah telefon diambil nombor giliran peperiksaan mereka dan kertas sejarah mereka dibatalkan.

Sebelum itu menurut pelajar Ketua Pengawas telah gagal membuat pengumuman berkenaan larangan membawa bahan terlarang ke dalam dewan peperiksaan.

Ini menyebabkan 15 pelajar terbawa telefon ke dalam dewan dan lupa keluarkan.

Susulan itu, PIBG Sekolah Alam Shah Putrajaya telah membuat dua kali rayuan iaitu pada 24 Jun dan 4 Julai agar 15 pelajar ini di mana kebanyakkan mereka merupakan pelajar cemerlang 7A dipertimbangkan, numn kedua-duanya ditolak.

Guru Mohd Fadhli Salleh mendedahkan perkara itu berkata, kesan daripada itu 15 pelajar bekenaan tidak layak dapat sijil SPM, perlu duduki peperiksaan ulangan, tidak layak memohon UPU dan biasiswa serta tidak layak memohon masuk ke mana-mana universiti.

Surat rayuan kedua

Bagi guru ini, jika benar perkara ini terjadi beliau menyifakan pelajar terbabit telah dianiaya.

“Salah utama dari Ketua Pengawas yang mulakan exam dengan terburu-buru, tidak ikut SOP exam, menipu pelajar kata tiada tindakan jika serah phone, rupanya yang teraniaya adalah pelajar tu juga,” katanya.

Bagaimanapun beliau berharap ada siasatan lanjutan demi keadilan pelajar-pelajar ini.

“Kepada ibu bapa yang terlibat, saya syorkan bawa kes ke mahkamah. Ada unsur kecuaian pihak lain hingga masa depan anak-anak kalian tergadai ni. Naya. Semoga semuanya selesai dengan baik,” kata beliau.

Baca juga: ‘Jangan jadikan jawatan pesuruhjaya Suhakam sebagai hanya ghanimah perang’

Baca juga: Lelaki buat ‘prank’ tarik tudung ditahan